Tuesday, March 3, 2009

KISAH ALONG KEMALANGAN: PART 2







Ini kat ICU, minum susu ikut tiub kat mulut, lepas tu kena ajar Along makan tanpa tiub, he..he..punyalah takut dia..jenuh nak pujuk, akhirnya berjaya makan tanpa tiub. Kat ICU kami jarang-jarang ada patient yg boleh maintain tube kat mulut tu lama-lama! Mesti dah tercabut.




Tu namanya Halovest, ia dicucuk ke tempurung kepala untuk stabilise dan immobolise kan cervical fracture C2. Dan di ikatkan ke badan. Kat leher tak boleh pakai simen, simen hanya untuk tangan atau kaki aje. Lengoh pakai Halovest ni, dan Along kena pakai hingga 3 bulan!!














Ini di wad kelas 3 sementara menunggu katil kosong di kelas pertama. Along sedang baca buku doa, bersama Kakak yg cuti beberapa hari dari UIA kampus Nilai.












Ini di Wad Kelas 1, haaa dah pakai baju dan tudung..kan comel..bukan susah pun! Along pun suka pakai baju cotton ni sebab less itchy di bawah Halovest berlapik kulit kambing biri-biri tu. Kami dah buat macam rumah sendiri kat tepi katil Along ni. Bilik untuk 2 org. Ada tikar dsbnya untuk menemani pd waktu malam.









Ramai yg bertanya, macam mana pakai baju, tidur, solat dsbnya dgn halovest? Jawapannya, hendak seribu daya dan kita mesti kreatif. Solat tetap wajib walaupun sakit tapi kan Allah dah bagi kelonggaran..boleh tayamum, jamak..dan sememangnya Allah telah permudahkan urusan-urusan ini untuk Along..Alhamdulillah! Sememangnya kami sangat bersyukur kpdNya. Along juga suka saya datang ziarah sebab dapat basuh rambut, buat facial, scrub kan belakangnya yang gatal di bawah Halovest tu, buatkan physio seadanya kerana mak dan Bibik takut nak buat lebih-lebih. Memang penat, tapi dah tanggungjawab dan siapa lagi kalau bukan adiknya perempuan yg sorang ni? Lagipun kalau saya boleh bantu pulihkan dan membuat pesakit saya berjalan kembali di ICU HSAJB, why not my own sister, lebih-lebih lagi lah tuntutan itu atas diri saya...dan Alhamdulillah Allah telah memberikan saya kekuatan mental dan fizikal utk melakukannya. Penat yng saya rasa tak sama dgn kesengsaraan yang Along tanggung selama 6 bulan yg diambil untuk pulih..Hilang penat bila dapat tengok Along pulih kembali tanpa komplikasi dan sekarang ini telah boleh memandu dan telah kembali mengajar.

Syukur Alhamdulillah ke atas segala rahmat, nikmat, pertolongan yg Allah telah beri kepada Along khususnya dan kami di sekelilingnya..moga Along bertambah baik lagi dan dapat terus berkhidmat kerana Allah dlm mendidik anak bangsa, Amin..

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yg telah membantu di tapak kemalangan di Juasseh, KP; petugas-petugas di Hospital Kuala Pilah dan Seremban, sahabat-sahabat, saudara mara, teman sekerja Along, anak-anak didiknya; keluarga saya sendiri terutama suami dan anak-anak yg sangat accommodative, teman sekerja di HSA: JZKK, hanya Allah yg boleh membalasnya...

No comments: