28.06.08 jam 1.40ptg, semasa saya sedang bertungkus lumus di OT membiuskan kes "Clipping of Aneurysm", telah mendapat panggilan dari mak di Seremban, bahawa Along telah terlibat dalam kemalangan di Kuala Pilah, sekarang ni kat ICU. Mak menangis bercakap di talipon, masa tu mcm darah berderau tapi mesti cool supaya mak tak panic dan bertambah gelabah. Macam cool sangat beritahu mak, ok..mak dan abah duduk aje kat rumah dan jgn memandu ke Kuala Pilah..nanti akan talipon kan adik minta balik segera dari KL for further action. Lepas tu call pula sesiapa yg patut untuk take over on call, call adik untuk beritahu, call suami untuk prepare balik Seremban stat...ya Allah masa tulah phone line susah nak dapat dsbnya! Alhamdulillah Allah telah bagi kekuatan pd masa itu. Finally balik rumah dan by 3.30pm baru dpt bertolak balik ke S'ban dgn suami, adik, kakcik dan yong. 'Asim tinggal sebab esoknya mendaftar untuk masuk ke UTM walaupun dia beria nak ikut.Alhamdulillah, sepanjang perjalanan dok talipon sana sini utk dptkan information..rupa-rupanya Along ada trip dgn students ke Teratak Zaaba, beliau satu kereta dgn seorang guru dan 3 pelajar perempuan. Satu bas telah ke hadapan. Kemalangan berlaku kerana pemandu Viva memotong dan tak lepas, jadi telah collide head-on dgn kereta Kia sephia along. Along cuma dpt mengelak sedikit tetapi unfortunately bucu kanan driver yg dapat the brunt of the impact. Juga unfortunately for Along, pelajar di belakang tidak memakai seatbelt, jadi mereka telah melambung dan menghimpit guru-guru di depan!
Ini kereta guru muda J-QAF yang collide head-on dgn Along. Berumur 23 tahun dan akibat kecederaan yg amat teruk beliau telah kembali ke Rahmatullah malam itu juga. Moga Allah mengampunkan dosanya dan merahmatinya, Amin.Akibat kemalangan itu, Along telah mengalami kecederaan Cervical Vertebara 2 fracture, multiple fracture left ribs with flail chest, fracture left radius, open fracture right femur, open fracture rt patella dan lacerated left knee. Kami sampai di Hospital Kuala Pilah pada pukul 7ptg dan mendapati ramai saudara mara telahpun berada di sana termasuk Abah, Mak, Adik dan Hafiz. Terus bergegas tengok Along dan amat terkejut dgn segala findings! ye lah..Along ni jenis orang yg sangat gementar dgn darah!! Dalam hati..sejak dari mendapat berita hingga sampai ke KP..tak putus-putus berdoa supaya Allah menyelamatkan Along dan mempermudahkan segala urusan berkenaan Along, dan supaya Allah menyembuhkan Along seperti sediakala.
Melihat Along yang dalam kesakitan tapi sedar sepenuhnya dalam keadaan breathless dan masih berbaju..waah! Tanya nurse kenapa tak potong aje baju kurung tu, menyusahkan pesakit aje? Terkejut dgn jawapannya! "Sayang lah Doktor nak potong baju tu!" Langsung inform Along untuk potong baju supaya Along lebih selesa..Along kata ok..maka habislah baju dan segalanya dipotong! Kan nyawa lebih berharga dari baju yang InsyaAllah boleh diganti lain! Manalah prioritinya nurse tadi, tapi sebab kat "rumah" org tak kan saya nak buat kecohkan..Lepas tu Along pun naik ambulan untuk ke Hospital Seremban. Saya ikut dlm ambulan sebab doktor muda yg kena escort tu nampak cemas..kot kot nak kena intubate dlm ambulan nanti.
Kami sampai di Hospital Seremban about 8mlm, terus ke A&E, reviewed, multiple scan ordered; dan akhirnya 12.30 mlm baru dihantar ke wad High Dependency. Kesian Along kesakitan sebab banyak pergerakan..
Lepas tu kami semua kembali ke rumah mak di Senawang. Lepas mandi dan solat, cuba nak tidur...tapi mata ni tak mahu lelap..dan begitulah hingga pagi. Hospital talipon minta bawa barangan untuk Along..haa..ada peluang ziarah.
Hari Ahad ramai yang melawat Along termasuk guru yg sama dalam kereta, Alhamdulillah beliau escape fairly intact, begitu hiba beliau melihat Along terutama sebab Along memohon maaf daripada sesiapa saja yg melawatnya. Masalahnya bila Along sebak, tahap oxygennya menurun menyebabkan saya terpaksa meminta mereka yg melawat jgn menangis di depannya termasuk abah dan mak. Haii..saya ni kan doktor ICU, macam-macam yg saya fikirkan tapi tak kan nak cerita kat orang..bila beritahu apa-apa pasal kecederaan Along pun dgn begitu berhemah sekali supaya yg mendengar tak terkedu! Nampaknya memang menanggung beban keseorangan, Alhamdulillah dpt offload kat member bius lain via talipon.
AlhamduliLlah, berkat doa semua, sememangnya saya sangat-sangat merasakan yang Allah telah banyak mempermudahkan urusan Along dan banyak pertolongan yang Along dan kami dapat. Alhamdulillah, teman sekerja juga dapat accommodate cuti kecemasan saya hingga 9 hari..ye lah..hanya pada Allah kami meminta dan berharap..Lepas tu kami semua kembali ke rumah mak di Senawang. Lepas mandi dan solat, cuba nak tidur...tapi mata ni tak mahu lelap..dan begitulah hingga pagi. Hospital talipon minta bawa barangan untuk Along..haa..ada peluang ziarah.
Hari Ahad ramai yang melawat Along termasuk guru yg sama dalam kereta, Alhamdulillah beliau escape fairly intact, begitu hiba beliau melihat Along terutama sebab Along memohon maaf daripada sesiapa saja yg melawatnya. Masalahnya bila Along sebak, tahap oxygennya menurun menyebabkan saya terpaksa meminta mereka yg melawat jgn menangis di depannya termasuk abah dan mak. Haii..saya ni kan doktor ICU, macam-macam yg saya fikirkan tapi tak kan nak cerita kat orang..bila beritahu apa-apa pasal kecederaan Along pun dgn begitu berhemah sekali supaya yg mendengar tak terkedu! Nampaknya memang menanggung beban keseorangan, Alhamdulillah dpt offload kat member bius lain via talipon.
Along di ICU kerana memerlukan bantuan pernafasan dgn ventilator kerana multiple ribs fracture.
Pada 09.07.08
Along telah menjalani pembedahan ILN utk fracture peha kanan dan tracheostomy utk memudahkan pernafasan. Pada 01.08.09 hari ke34 di ICU, halovest telah dipasang utuk fracture C2 vertebra. Pada hari ke 50, Along telah dibebaskan dari ventilator..Alhamdulillah. Pembantu rumah juga telah sampai dari Indonesia. Pada hari ke 53, 20.08.09..Along telah di discaj ke wad biasa..Alhamdulillah iaitu hampir 8 minggu beliau berada di ICU. Sepanjang di sana saya akan balik dan melawatnya, many times ambik bas Plusliner 8am dari Skudai, sampai Seremban 12pm, duduk di wad hingga 5.30ptg dan naik bas Plusliner pukul 6ptg..kenapa? Untuk remind dan fascilitate Along solat dan sentiasa berzikir, memotivasinya, physio dan membacakan doa untuknya seperti yg Rasullullah saw lakukan untuk orang sakit, semoga Along cepat sembuh dan dilindungi dari segala komplikasi yang possible boleh berlaku ke atasnya selagi mana beliau masih tak boleh bangun dari katil..ini cuma kami yg doktor di ICU saja yg tahu..tak nak cerita kat sini..Nak cerita, kad wad luar ni, bila saya yg menemani pd waktu mlm, pukul 4.30am dah dibangunkan untuk mandi (sponging)! Awalnya!! Mengelatuk kesejukkan pesakit! Tapi nurses suka kalau saya datang, sebab saya yg akan sponging kan dan salinkan pampers. Mereka juga terkedu dan teruja tengok Along boleh pakai baju dan tudung bawah Halovest tu!! Kenalah innovative supaya Along dapat menutup auratnya..dan menjadikannya lebih confident.(Bersambung)
No comments:
Post a Comment