Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrah mu murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
Assalamu'alykum,
Sangat terkesan dengan khabar dari bumi anbiya mengenai kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar perubatan Muhammad 'Ammar bin Zulkifli pada 10.06.09 di Mesir, kerana:
1. terbabit sama anak sahabat dan Ustazah di SMIH, Saif Jamaludin
2. Messages dari ibu 'Ammar
Apabila membaca tulisan dlm blog mereka di Mesir, terbaca juga messages yg disampaikan oleh ibu 'Ammar untuk kawan-kawan 'Ammar - nasihat dan peringatan, dan saya sangat mengkagumi seorang ibu yang dalam kesedihan tetapi masih ada kekuatan untuk memujuk sahabat-sahabat yg kesedihan. Bagi saya beliau adalah seorang yang hebat dan seorang Ibu Mithali.
(diambil dari blog sahabat 'Ammar)
Ummu 'Ammar - Puan Siti Fatimah
Allahyarham Muhammad 'Ammar bin Zulkifli

Dari Ummu 'Ammar:
"Asslamualaikum,bangunlah wahai mujahid dan mujahidah teruskan perjuangan ammar mudah-mudahan ALLAH menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada ISLAM dalam rangka untuk mendidik dan berbakti
Semasa pengebumian jenazah 'Ammar:
"*Ummu ammar berkata ‘ makcik bersyukur ammar meninggal ketika hendak membuat program untuk mengeratkan perhubungan sahabat2 gen 6 yang dikatakan semakin renggang.. amar mahu sahabat2 beliau kembali sedar dan bersatu semula.. ammar ambil medik tetapi kalau ammar tidak melakukan semua perjuangan dakwah apa yang ammar akan bawa ke kubur? Ammar tak boleh bawak medik ke kubur tetapi ammar membawa dakwah dan ammar mati syahid makcik yakin ammar meninggal ketika sedang berjuang fisabilillah ketika belajar..”
dan satu ayat lagi yang amat menyentuh hati kami apabila ummu ammar berkata:
“ALLAH mengambil ammar daripada makcik tetapi ALLAH menggantikan makcik dengan berpuluh-puluh lg anak yang akan meneruskan perjuangan ammar”
Siapakah Muhammad Ammar bin Zulkifli?
Lahir pd tahun 1988, anak sulong dari 7 adik-beradik, sekolah rendah SRI Aman di Kota Baru, sekolah menengah di MATRI Perlis, kemudian di Darul Quran Selangor, seterusnya di Universiti Kaherah dalam bidang Perubatan tahun 3. Beliau merupakan seorang anak yang pintar dan pemimpin pelajar.
Dari blog sahabat-sahabatnya 'Ammar adalah seorang yg extra ordinary, berakhlak mulia, seorang yg soleh dan musleh dan sangat disayangi oleh mereka yg mengenalinya.
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menghimpunkannya bersama para solihin dan ahli jannah, dan memberikan kesabaran kepada Ayah , Ummi dan keluarganya, Amin.
Di manakah kita dalam mendidik anak-anak kita supaya mereka menjadi insan yg soleh wa musleh, yang sentiasa berada di jalan dakwah? Moga Allah memberi ku kekuatan untuk menjadi seorang ibu mithali yg dapat mendidik anak-anaknya sebaik-baiknya dalam mencapai keredaan Allah.
Moga 'Umayr (Muhaini dan cucunda Mus'ab), 'Ammar, 'Asim, Ruqayyah, Fathimah dan Zaynab kekal di atas jalan Allah dan menjadi para pejuangNya sehingga ke akhir hayat, Amin.
1 comment:
huhu~ terharu2...
Post a Comment