Pada hari Isnin 22.12.08, kami sekeluarga telah bermusafir utk menghantar Baby Mus'ab dan Umminya balik ke Kemahang untuk berjumpa dgn Tok Ayah dan Tok Meknya. Penuh satu kereta dgn Atuk, Opah, Ucu dan semestinya Abu Mus'ab, Ummu Mus'ab dan Baby Mus'ab! Kami telah berhenti transit di Seremban untuk menziarah Moyang Seremban. Sempat juga berjumpa Pakngah dan Makngah Mus'ab, Uwan Long dan Pak Usu Hafidz. Lepas lunch, kami menyambung perjalanan ke Ipoh pula untuk menziarahi Moyang Ipoh, Opah Su, Opah Nor dan Auntie Baby Hannah. Dah Maghrib baru sampai, sempat pulak tu singgah JUSCO dulu utk beli hadiah utk Baby Hannah!

Baby Hannah (16 hari) ialah emak saudara sepupu kepada Baby Mus'ab (12 hari)
Pada pagi 23.12.08 sebelum bertolak ke Kemahang, Kelantan.
Bergambar 4 generasi!
Kami sempat singgah di Cameron Highlands untuk membeli buah tangan strawberry dan sayur-sayuran untuk keluarga Tok Ayah Mus'ab! Sampai di Kemahang pukul 3.30ptg, waah kelaparan! Habis semua makanan yg dihidang, eheh..heh..kami memang tak segan makan kat rumah Ummu Mus'ab, sayang pulak kalau tak habis, penat mereka masak!
Lepas 2 jam, kami bertiga pun menyambung perjalanan ke Ipoh via Jeli, Gerik, Kuala Kangsar dan sampai di Ipoh jam 9.20mlm; 3 jam 40 minit... Alhamdulillah. Esoknya another long journey ke JB. Jumlah km about 2000. Sampai JB 6ptg. Waah... marathon sungguh perjalanan baby Mus'ab.

No comments:
Post a Comment