Sunday, December 7, 2008

Hari Wukuf 1429H, 7 Disember 2008

Hari ini ialah hari Wukuf di Arafah. Adalah sangat disunatkan berpuasa pada hari ini. Jadi tadi bangun pukul 5am, sahur dan terus solat subuh. Lepas subuh pergi pasar Taman Universiti, punyalah ramai orang nak beli barang! Panjang queue kat tempat ayam, santan dan sayur. Akhirnya beli aje ayam bulat untuk potong sendiri kat rumah. Lepas tu nampaklah bertimbun-timbun daun kelapa, teringin pula nak buat ketupat sendiri, jadi dibelilah seikat walaupun nak buat dlm 20 biji aje. Kelakar pula kalau mintak 20 helai daun! Lepas tu pergi Pasar Tani Sri Pulai beli apa yg tak jumpa kat Tmn U tadi. Haa dapat laa tulang rusuk untuk buat sup.

Balik rumah terus buat sup, dan mula lah menganyam ketupat sambil mengajar kakak dan Yong. Dapat lah dalam 20 biji, elok-elok seperiuk untuk direbus. Dulu masa kecil, dlm 10 tahun umur, Abah lah mengajar buat ketupat..ketupat bawang, ketupat pasar dsbnya..seronok juga sambil belajar buat lemang, kukur kelapa utk lemang dan rendang. Heh..masa tu tak de letrik kat kampung, semua pakai manpower aje!

Orang NS panggil hari sebelum raya tu "Hari Bantai". Kanak-kanak lah yg paling seronok termasuklah pegi tengok orang sembelih lembu untuk "bantai"..sampai sekarang tak sampai hati nak tengok proses penyembelihan lagi..baik ayam, kambing, lembu dan unta.

So inilah end result kerja-kerja hari ni..



Dah siap anyam!
















Dah isi beras siap untuk direbus.















Dah masakpun ketupatnya! Tapi kuah kacang dan lodeh belum lagi. Bagi hilang penat dulu.

1 comment:

Sarah Ibrahim said...

waahhh
meriah nyer raya orang pulai perdana.

Makcik, musti sedap ketupat bawang tu. Tapi, tunjuk gambar ketupat je, makan dengan apa??